the G A D I S

My photo
Kerana Allah, Aku masih disini.

Saturday, February 15, 2014

Niqab, aku jatuh cinta.

Assalamualaykum. wbt. Ahlan wa sahlan :)
Alhamdulillah. Disetiap ujian yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya, termasuk aku, Allah juga Maha Pengasih. Diberikan juga seluas-luas jalan untuk kita menyelesaikan, juga keluar dari segala kesempitan, kedukaan dan masalah. 

Aku bersyukur, Alhamdulillah. Sesungguhnya hidayah adalah milik NYA. 
Aku tidak bijak bertutur bahasa Al-Quran, aku tidak pintar dalam pengetahuan agama. Aku akui. Aku pernah melompat dan berlari bebas di dunia luas, tanpa mengenal erti sebenar kehidupan. Aku juga belajar ilmu agama, dari sekolah rendah sehingga pengajian tinggi. Aku hadiri kelas fardhu ain, aku ke kelas mengaji sana dan sini. Masya Allah. Akan tetapi, aku pernah juga di jalan yang salah. And, I do regret the time that I wasted with the wrong people. Astaghfirullahalazim!

Betulkan aku jika aku tersalah, sesungguhnya Islam mahmudah, istiqomah.

Dulu, aku pernah mencintai keindahan mereka yang bertudung labuh, berniqab. Namun aku tidak menafikan yang aku juga pernah berkata, 

"tak panas ke?", "tak rimas ke?"

Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim, Astaghfirullahalazim.

Ampunkan dosaku, ampunkan kekhilafan ku.

Dulu, aku mengenali seorang ukhti yang manis.  Pada asalnya, dia kukenali di hari pertama jariku belajar melilit sehelai reben merah. Ya, aku masih ingat. Aku menggigil, jariku bergetar. Separuh renyuk reben tu aku memintal. Jadi, izinkan aku meringkaskan perkenalan ini. In Sya Allah. Aku masih ingat, di hari pertama aku terlihat suatu tubuh molek menuju ke arah aku, atau mungkin bukan aku tujuannya. Kerana ramai disitu. Mataku, tertumpu pada dia, hatiku terdetik. 

"kak ........! Ya, aku yakin. Macam dia lah"

Tatkala dia menghampiri tempat aku berdiri, Ya Allah. Aku yakin itu lah dia. Lalu dia teman aku untuk menukar pakaian. Aku ingat. Aku kata, "saya akan selalu sokong akak. saya doakan akak".

PWTC, saya ingat lagi tempat kejadiannya. Akak, saya mula jatuh cinta pada niqab, dan pernah aku berdoa, aku mahu suatu hari begitu. Aku beli purdah yang diberi namanya "purdah ayat-ayat cinta". Aku pakai, aku ambil gambar. Kuletak kupakai sebagai gambar profil laman sosial. Namun, aku akui, tujuan hanya suka-suka.


Hari demi hari, manusia demi manusia yang aku kenali. Bumi yang tidak sekali jenuh mahupun letih apakan lagi mengeluh, masih berputar. Aku dibanjiri ujian, rezeki, suka, duka, dan pelbagai lagi. Aku masih ingat, masa di New Zealand, aku dengar khabar mengatakan "MESIR TURUN SALJI". Aku takut. 

Pulang ke Malaysia, aku lihat, aku baca, aku dengar "sana sini cuaca sejuk. Indonesia turun salji, tak lama lagi Malaysia lah kot!. Ya Allah, inikah masanya. Masih sempatkah aku kembali padamu. Adakah mahu kau menerimaku, memaafkan aku, memberi aku petunjuk serta kasih dan sayang mu. 

Aku mulai sedar, aku telah jauh terpesong. Aku semakin hari semakin buta tentang makna dan ertinya kehidupan.

Lalu aku bernekad, aku mahu pulang. Izinkan aku Ya Allah. Pipiku basah. Seakan tidak sedar, aku menangis. Ya Allah, bawa aku pulang.


Ini hari pertama :) Syukran

Aku beli sepasang tudung dan niqab. Yang lama masih ada. Detik demi detik, aku tunggu tempahanku. Di hari aku menerima niqab itu, aku gembira. Ku acukan ke kepala, ku sarungkan ke muka. Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah. 

Lalu, aku mulai jatuh cinta. 

Ramai yang bertanya, "kenapa?, bagaimana?."
Apa lagi yang mampu aku katakan, selain "Ini hadiah Allah buatku". 
Alhamdulillah, aku syukur. Dan aku masih berdoa, agar kukuh hatiku. Tegap temboknya dan tidak runtuh separuh jalan. 

Sahabat, Teman, doakanlah aku. Agar aku istiqomah, agar aku bisa kembali. 
In Sya Allah, In Sya Allah, In Sya Allah.

p/s : mak, cakaplah adik cantik. ^^. 

7 comments: