the G A D I S

My photo
Kerana Allah, Aku masih disini.

Thursday, March 6, 2014

Titiannya Kukuh, Insannya Rapuh.

Assalamualaykum. wbt. Alhamdulillah dikurniakan kepada kita kehidupan yang luas. Bumi luas, lautan luas, langit luar, rezeki luas. 

Ceritanya adalah suatu sifat mahu dan ingin untuk berkongsi perasaan sebenarnya.  Alhamdulillah, dengan izin Nya, aku menerima hidayah Nya.  Allahu Akbar. Syukur.  Banyak duri di laluannya, jasad terluka tiada terkira.  Bagaimana pedihnya luka apabila niqab ku di pandang serong, ada yang tanya perlukah untuk aku melakukan ini, bahkan aku jugak menguatkan hati meminta agar mereka terima penghijrahanku. 

Alhamdulillah.  Banyak dugaan, tiada terkira, tapi Allah beri kekuatan dan jalan untuk aku terus berjalan. 

Perubahan tentang diriku dan jiwaku biarlah Allah sahaja yang tahu ^^.

Bukan itu sahaja, malah banyak perubahan yang berlaku terhadap mereka yang di sekeliling aku.  Penerimaan mereka, teguran dan layanan mereka sangat banyak membantu. Banyak jugak perkara lucu yang aku lalui. Tatkala aku dipanggil 'Puan, Madam'. Tipu kalau tak dikatakan aku yang tidak reti menahan rasa ni tak geram. Ketap bibir okay!. Tapi aku akhirnya mengerti, tandanya mereka tidak dapat melihat siapa aku disebalik baju besar, kain kembang, jubah lebar, mahupun tudung labuh.

Ada yang mengerling ibarat mahu sahaja bibirnya digerakkan dan suaranya dilontar 'Eh, panas2 ni tak panas ke berselubung sampai mcam ni?'. Ya aku tahu itu mahunya engkau bertanya.  Aku cuma berharap agar aku tidak perlu melalui Neraka yang jauh lebih panas dari dunia ini. In Sya Allah. Buat aku dan para muslimin dan muslimat di luar saya. In Sya Allah. 

Semalam, aku nak tukarkan jubah emak, tapi tak ada saiznya bagi warna yang mak nak. Lalu, aku ambil saja saiz sedia ada untuk diri sendiri. Kakak kedai tu kata design yang aku nak tu, tak ada size aku. Aku tenung baju-baju tu. "Eh, saiz ni saya pakai kak". Akak tu dah pelik. Dia kata "Besarlah dik".  Untuk menjaga hatinya agar dia selesa berjual beli dengan aku, aku jawab dengan ringkas. "Saya tinggi, nanti senteng kak".  Hah, nasib baik akak ni terima.

Apa pun kata mereka tentang pakaian aku, asalkan ianya tidak kotor, dan mengikut syarak, Aku semakin gembira dan selesa mengenakannya di tubuh. 


Bukan senang nak puaskan hati semua orang kan? ^^


Hati, 
Sifatnya ingin tahu.

Hati,
Yakinnya sukar sekali.

Hati,
Mahunya sukar dimengerti.

Hati,
Tempatnya sukar dikaji.

Hati, 
Semoga Ilmu dan Cinta Ilahi terabadi.

Hati,
Berhati-hati.


Wallahu 'Alam.


p/s : Saratkan hati dengan cinta hakiki. In Sya Allah.

3 comments: