the G A D I S

My photo
Kerana Allah, Aku masih disini.

Tuesday, October 29, 2013

PEPERIKSAAN AKHIR


Ya. Hari ini, tanggal 29 Oktober 2013 bersamaan 24 Zulhijjah 1434, Alhamdulillah, dengan izin Allah saya telah selamat menjawab peperiksaan akhir, Insya Allah yang terakhir bagi menamatkan zaman diploma. Insya Allah, Alhamdulillah.


***

Dengan lambaian, salaman dan sedikit senyuman berbaur hambar,
tatkala ditinggalkan emak, ayah, kakak dan abang,
pertemuan yang kebanyakannya pertama,
ada yang namanya sudah tertulis di taman hati,
entah apa sikapnya, tidak sedikit dimengerti,

ada yang senyumnya pahit-pahit, 
ada yang pipinya lencun dibasahi airmata dek kerana sedihnya melambai keluarga pergi.
ada yang riaknya seperti acuh tak acuh, 
dan juga yang ketawa girang dek kerana kenalannya juga akan sama dipenjara disini,

ya! di sini. Politeknik tercinta, di tanah agam dibingkai lautan, hutan dan tanah hampir kering.

harapan pada saat dan ketika itu, pelbagai! 

tetapi, 


Hari ini gembira berbaur deraian airmata. Saat melambai teman, sahabat, mahupun mereka yang pernah diperangi, PERGI.  
Entah bila bersua lagi,
entah hutang masih berbaki,
entah rindu atau benci nanti,
entah berpeluang berjumpa lagi.



***

biar aku bahasakan penysarah itu GURU,
kelas sebagai sekolah.


***

Guru, definisinya mudah. Dia pendita, dia mengajar, ilmu diberi tanpa kadang disedari. Ya Allah, Muliakanlah kedudukan mereka. Aku selalu jatuh cinta dengan perjuangan mereka.

Namun aku bagaikan daun yang layu di tengah padang pasir. kosong, mati, tak berguna lagi.
Mahu sekali hati menjadi guru satu masa nanti. Layakkah? Ikhlas kah nanti bila aku mengajar, mampukah aku? Insya Allah. Insya Allah.. 

***

Selamat jalan semua pejuang di jalan Allah (teman). 
Setiap deraian ketawa kita, deraian air mata, laungan dan masa-masa kita bersama akan sentiasa tersemat dalam hati, sampai MATI. Insya Allah. 




p/s : nak tulis panjang lagi, tapi takut menangis tak semena macam tadi depan orang ramai, berpelukan dengan teman sejati.  La tahzan kita semua. Ada masa bersua lagi. 

7 comments: