the G A D I S

My photo
Kerana Allah, Aku masih disini.

Friday, September 2, 2011

bicara buat rasa hati ~ selamilah



kalau bukan aku sekepal tanah
mungkin aku sebutir pasir, yang tak mungkin mata kasar bisa menjejak pandangan
tiada sempurna Iman hati
tiada henti Cemburu rasa
kadang hati terleka
kadang jiwa berbuai lara
mungkin aku tidak dilahirkan seperti thinkerbel
tak ada kejayaan dalam puisi
tak kuat tangan mengikat janji

tapi masih murah airmata
Ya Allah, rindu aku saat menangisi kerinduan pada keEsaan mu Allah

belum utuh iman
belum teguh pegangan
bantu aku ke taman mu Ya Allah

benar aku rindu perihatin dan belai katanya.
betul aku salah menjangka sayang dia, tapi teguh mata aku memperlihatkan sayangnya buat insan semulia si Pulanah..
YA Allah, singkirkan rasa ini. supaya aku boleh kembali menarikan rasa yang dulu.
kadang aku meluahkan rasa pada yang bisu, sedang aku lupa Allah Maha Mendengar. Maaf Ya Allah....
kata si catik, 'as sobaru minal iman'. ingat fida,
sabar lah selalu. pasti ada penawarnya.
hanya doa buat mereka yang berbahagia.




selamat kau lena wahai mata yang lembab di sirami airmata jernih.
selamat malam wahai Pencinta Allah...


p/s : biar hati ini girang berpuisi sayu !~





6 comments: